EMAS seberat 4.1 kilogram ini dijumpai seorang lelaki di kawasan Golden Triangle di Victoria, barat laut Melbourne, Australia. – AGENSI
Lelaki tersebut pada awalnya menyangka dia terjumpa ladam kuda.
VICTORIA, Australia Seorang pencari harta karun yang memiliki hobi meredah hutan sejak sedekad lalu tidak menyangka menemui ketulan emas seberat 4.1 kilogram dan bakal dijual pada harga AS$250,000 (RM1 juta) baru-baru ini.
Lelaki tersebut pada awalnya menyangka dia terjumpa ladam kuda semasa menemui emas yang digelar sebagai Friday Joy dan mempunyai saiz kira-kira 30 sentimeter di kawasan Golden Triangle di Victoria, barat laut Melbourne.
Ketika saya mula menanggalkan tanah liat dan menggali dengan lebih dalam, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat, ia bukan ketulan logam lama di hadapan saya.
Saya sangat tidak percaya kerana tidak berfikir emas sebesar ini masih wujud, katanya kepada akhbar Herald Sun.
Emas itu kini disimpan di dalam bilik kebal sebuah bank dan satu replika akan dicipta untuk tujuan lelongan kepada pembida tertinggi tidak lama lagi.
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia mendapat motivasi untuk melakukan pencarian di kawasan itu selepas menemui seketul emas sebesar bola tenis seberat 200 gram sehari sebelum menjumpai ketulan emas yang bernilai lebih AS$250,000 tersebut. Agensi
Artikel Penuh:http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4ISqIwWGG
Sumber: Cari
0 Response to "Lelaki jumpa ketulan emas 4.1 kg bernilai rm1 juta"
Post a Comment