Selepas Gambar Mereka VIRAL Di Laman Sosial Akhirnya Pasangan Ini KONGSI Kisah PERCINTAAN Mereka !!!


Selepas Gambar Mereka VIRAL Di Laman Sosial Akhirnya Pasangan Ini KONGSI Kisah PERCINTAAN Mereka !!! |KUALA PENYU 26 Ogos Saya jatuh cinta dengan kasih sayangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.
Screenshots_2016-08-27-15-07-38.png
Itu pengakuan Mohd. Sofi Mat Ali, 18, yang memilih Dayang Sopiah Gusti, 40, sebagai suri hidup meskipun jarak usia mereka 22 tahun.
Mohd. Sofi yang berasal dari Kampung Kekapur berkata, kasih sayang dan sikap bertanggungjawab serta mengambil berat Dayang Sopiah berjaya memikat hatinya sehingga mereka memutuskan untuk berkahwin Selasa lalu.
Katanya, walaupun hubungan mereka pada mulanya menerima tentangan daripada segelintir ahli keluarga, sebagai manusia biasa dia percaya jodoh mereka telah ditentukan Allah justeru tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Sejak berkenalan dia banyak menemani saya sebagai rakan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital melawat dan menceriakan hari saya.
Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya, katanya kepada Utusan Malaysia di rumah mereka di Kampung Mansud hari ini.
Jelas Mohd. Sofi, selepas menetapkan keputusan, ahli keluarganya akur dan memberikan sokongan sehingga mereka dinikahkan di Masjid Beaufort dengan abang Dayang Sopiah sebagai wali.
Sementara itu, Dayang Sopiah yang mempunyai lima anak berusia antara 7 hingga 16 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini berkata, perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar pada awal Mei lalu.
Katanya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pembinaan di Labuan.
Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia sehingga rakan-rakan lain amat menyenangi sikapnya, katanya.

Related Posts:

0 Response to "Selepas Gambar Mereka VIRAL Di Laman Sosial Akhirnya Pasangan Ini KONGSI Kisah PERCINTAAN Mereka !!!"

Post a Comment