'Saya tak sengaja bunuh anak saya' - Aida Amira Harun 22 tahun


Sungai Petani: Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun, awal bulan ini.

Tertuduh Aida Amira Harun, 22, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim M Vijayalakshmi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang dengan menyebabkan kematian Ainul Solehah Mohd Husamuddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara jam 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Syamsul Sinring, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 September depan untuk lantikan peguam dan menjatuhkan hukuman.

Related Posts:

0 Response to "'Saya tak sengaja bunuh anak saya' - Aida Amira Harun 22 tahun"

Post a Comment