SAYU : Ini RAYUAN TERAKHIR Saya Sebelum Anak Saya DIGANTUNG .. Sedih Luahan Ibu Ini (8GAMBAR) |
Ini lah Puan Sapenah Nawawi seorang ibu yang amat cekal memperjuang kan nasib anak kesayangan nya yang bakal di gantung.
Portal Eberita melaporkan Ibu seorang banduan di Penjara Sungai Buloh yang kini menunggu hukuman mati merayu Sultan Selangor memberikan pengampunan kepada anaknya.
Sudah 13 tahun Shahrul Izani Suparman, ketika itu berusia 19, ditahan polis atas kesalahan mengedar 622 gram kanabis.
Pada 2011, Shahrul, kini 32, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Shahrul kini menunggu keputusan rayuannya yang difailkan pada 3 Mac 2014, kepada Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Sultan Selangor, selepas rayuannya ditolak oleh Mahkmah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
“Saya meminta semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk usaha terakhir ini. Semoga pihak berwajib dan Sultan Selangor dapat memansuhkan hukuman mati terhadapnya,” kata ibunya, Sapenah Nawawi, ditemani aktivis hak asasi di luar Penjara Sungai Buloh, pagi tadi.
“Bantulah dia sehingga ke penghujung, dan semoga ia berakhir dengan baik,” katanya.
Beliau seakan kehilangan kata-kata selepas menerima lebih 200 kad ucapan hari lahir kepada anaknya dari seluruh dunia, inisiatif pertubuhan Amnesty International Malaysia sempena Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia hari ini.
“Sebagai ibu saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan ucapan terima kasih,” kata Sapenah yang sempat menyampaikan ucapan itu kepada anaknya.
Amnesty turut menjalankan kempen tandatangan menyokong Shahrul, dan setakat ini berjaya mengumpul 10,202 tandatangan dari seluruh dunia.
Shahrul ditahan pada 2003, ketika itu berusia 19 tahun, dalam satu sekatan jalan raya ketika menunggang motosikal kawannya.
Sepanjang perbicaraan, dia bertegas tidak tahu-menahu tentang kewujudan bahan tersebut yang dibalut dengan kertas surat khabar dan terselindung pada motosikal tersebut.
Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni berkata kes Shahrul membuktikan betapa Malaysia perlu memansuhkan hukuman mati.
“Sepanjang 13 tahun, Shahrul kekal dengan kenyataannya tidak tahu (kewujudan bahan tersebut). Hukuman mati mandatori meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh, dia dianggap bersalah sejak awal,” katanya.
Katanya lagi, tiada bukti hukuman mati mampu mengurangkan jenayah, selain hanya menafikan “peluang kedua” kepada pesalah.
Malaysia merupakan antara 58 negara yang masih melaksanakan hukuman mati, di kala negara lain sama ada sudah tidak lagi melaksanakannya atau memansuhkannya daripada undang-undang, termasuk di kebanyakan negara Eropah.
0 Response to "SAYU : Ini RAYUAN TERAKHIR Saya Sebelum Anak Saya DIGANTUNG .. Sedih Luahan Ibu Ini (8GAMBAR)"
Post a Comment