4 Sebab Mengapa Wanita Cepat Gemuk Dan Nampak Tua Selepas Berkahwin

4 Sebab Mengapa Wanita Cepat Gemuk Dan Nampak Tua Selepas Berkahwin





>Kebanyakan wanita takut akan kegemukan lebih-lebih lagi kononnya kegemukan berlaku selepas berkahwin. Apa yang lebih malang, ada golongan suami yang bercadang untuk mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan gemuk. ‘kisah cinta masa gemuk buang, dah cantik baru terhegeh-hegeh nak balik jadi viral’ membuktikan lelaki akan meninggalkan kekasihnya sekiranya terjumpa orang yang lebih baik dari kekasihnya. Memang ada lelaki yang baik hati tetapi 10% sahaja!.


>Tapi tahukan anda wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di 


#1. Menurut kajian jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. Layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anak menangis…Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.


#2. >Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… Takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan selamba mengatakan “kau ni kuat betul makan!”


#3. >Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan tidur secukupnya.


#4. >Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… Nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua.


>Kesimpulannya disini, wanita lebih cepat nampak tua dan cepat gemuk semuanya gara-gara golongan lelaki juga atau lebih tepat lagi suami.


>Wahai suami, hargailah setiap pengorbanan isteri dan terimalah segala kekurangan dan kelebihannya. Jangan jadikan perkara tersebut sebagai isu untuk memilih jalan perceraian.

Related Posts:

0 Response to "4 Sebab Mengapa Wanita Cepat Gemuk Dan Nampak Tua Selepas Berkahwin"

Post a Comment