SEEKOR BUAYA BERSAIZ BADANG CUBA BAHAN SANG KURA-KURA BERCEKERANG,, FUHH MANA TAHAN .AMAT MENGEJUTKAN LIHAT APA YG TERJADI

KEENAPA SANG BEDAL ALAH KEPADA SANG KURA-KURA

Buaya Ini Cuba Makan Kura-Kura..Lihat Apa Yang Terjadi Mengejutkan!
BUAYA sememangnya disifatkan sebagai ganas dan gerun, namun apabila menyentuh mengenai soal makanan haiwan reptilia ini tidak boleh mengunyah.

Oleh itu, pernahkah anda bayangkan bagaimana haiwan yang dikenali sebagai sang bedal ini cuba memakan haiwan yang bercengkerang keras seperti kura-kura?
Seorang jurugambar bernama Lisl Moolman berjaya merakam detik-detik luar biasa apabila seekor buaya dilihat cuba membaham seekor kura-kura.
Dia yang ketika itu sedang bersantai di hadapan sungai Kruger National Park di Afrika Syarikat tertarik apabila kura-kura yang tidak ubah seperti bentuk bola dilempar di udara ketika sang bedal cuba membahamnya.
“Saya sedang duduk sambil menyaksikan segerombolan haiwan liar turun untuk minum, sehinggalah seorang pengunjung menunjuk pada seekor buaya yang baru sahaja menangkap seekor kura-kura,” katanya.

Tambahnya, kerana cengkerang kura-kura sangat keras, buaya itu berusaha memakannya dengan menyepit kuat-kuat, namun gagal.
“Melihat rakannya mendapat mangsa, buaya-buaya lain di tepi sungai ikut masuk ke dalam air dan mulai mengelilinginya,” tambahnya.
Mereka dilihat saling berebut untuk membedal kura-kura malang berkenaan, hinggakan kura-kura itu dilempar ke sana sini seperti bola.
Ceritanya lagi, kura-kura itu kemudian hilang di kedalaman air sebelum muncul kembali ke permukaan lalu melarikan diri setelah setengah jam menjadi mainan sang bedal.
Sumber: Telegraph

Related Posts:

0 Response to "SEEKOR BUAYA BERSAIZ BADANG CUBA BAHAN SANG KURA-KURA BERCEKERANG,, FUHH MANA TAHAN .AMAT MENGEJUTKAN LIHAT APA YG TERJADI"

Post a Comment