Walaupun berpenampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab, namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu mereka.
Pasangan yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu kelihatan alim dengan lengkap berkopiah serta bertudung labuh seakan-akan orang yang warak agamanya.
Gadis berhijab tersebut baru melangkau umur 17 dan lelaki yang berkopiah berumur 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.
Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.
Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.
Kedua-dua penuntut universiti tersebut berada didalam keadaan separuh bogel ketika pintu dibuka sebelum memakai pakaian masing-masing selepas diarahkan berbuat demikian. Gadis tersebut berada dibawah selimut dalam keadaan ketakutan ketika Penguatkuasa agama memperkenalkan diri mereka.
Sumber: kekitamedianetwork
0 Response to "BAKAL USTAZ DAN USTAZAH AKHIRNYA TEWAS DGN PUJUKAN SYAITAN DI HOTEL BAJET"
Post a Comment