'Dasar Keluarga PENIPU !' - Akhirnya Pengantin Lelaki Tampil Bongkar Cerita Sebenar ! Penipuan TERBONGKAR !


KUALA LUMPUR – Jika semalam, imam yang sepatutnya bertanggungjawab menikahkan pasangan pengantin yang majlisnya tiba-tiba bertukar menjadi kecoh membela keluarga pihak pengantin perempuan, hari ini sebuah laporan polis yang dibuat oleh pihak lelaki menjelaskan sebaliknya.

Penjelasan yang diberikan oleh imam berkenaan yang tidak diketahui identitinya, menyatakan kekecohan bermula apabila keluarga pihak pengantin lelaki telah bersikap kurang ajar dengan keluarga pengantin perempuan.

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh Nor Izzat Norazman di Balai Polis Pantai pada 26 Mac lalu menyatakan, insiden berlaku apabila abang saudara tunangnya yang tidak berpuas hati telah menumbuk mukanya.

“Sewaktu mahu beredar abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

“Abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut, saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia (tunang) telah menumbuk muka saya.

“Tiba-tba datang lagi dua lelaki Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang dan memukul saya,” katanya dalam laporan itu.

Nor Izzat turut mendakwa, rombongannya turut dipukul oleh keluarga pengantin perempuan ketika mereka cuba meleraikan pergaduhan.

Malah, kenderaan mereka dakwanya turut dirosakkan ekoran terdapat kesan kemek di beberapa bahagian.

Semalam, sebuah video mengenai satu majlis pernikahan yang bertukar menjadi kecoh viral di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lepas di Masjid Jamek Al Khadijah dekat Pantai Dalam.

Ia turut menarik perhatian media untuk melaporkannya.

Susulan itu, seorang wanita yang mengaku saudara kepada pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.

Penjelasan tersebut bagaimanapun dipetik daripada imam yang sepatutnya menikahkan pasangan terbabit.

Related Posts:

0 Response to "'Dasar Keluarga PENIPU !' - Akhirnya Pengantin Lelaki Tampil Bongkar Cerita Sebenar ! Penipuan TERBONGKAR !"

Post a Comment