4 Sebab Kenapa Beregu Campuran Negara Kita Tewas Mudah Difinal Didedahkan


Punca tewas mudah

1. Mistake yang mudah
2. Tontowi Natsir laju
3. shuttle tanggung
4. Peng soon sikit gementar beraksi di final

Hajat Malaysia untuk merangkul pingat emas pertama Sukan Olimpik belum tertunai apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumbang kepada pencabar dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Riocentro - Pavilion 4.

Peng Soon-Liu Ying terpaksa menerima hakikat untuk berpuas hati dengan kalungan pingat perak selepas tewas 21-14, 21-12 dalam pertarungan selama 45 minit itu.

Tontowi-Liliyana ternyata cukup agresif seperti mana dari awal kempen lagi tanpa melepaskan sebarang set.

Dari awal lagi, mereka telah mengatur asakan bertali arus ke arah Peng Soon-Liu Ying. Namun pasangan negara tidak menunjukkan sikap mudah mengalah dan masih cuba menyelamatkan set pertama.

Memasuki set kedua, Peng Soon-Liu Ying memberi tekanan kepada lawan, tetapi pasangan Indonesia itu kekal garang dengan melakukan smash tajam, khususnya dari Tontowi untuk membuatkan Malaysia terpaksa menanti lagi emas sulung negara.

Menurut Peng Soon, mereka terpaksa akur dengan kehebatan Tontowi-Liliyana yang turut menewaskan mereka dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

"Walaupun perlawanan hari ini kami kalah, tapi kami telah membuatkan yang terbaik.

"Memang lawan kami persembahan lebih bagus darpada kami. terima kasih semua," katanya.

"Saya tak fikir saya berdiri di atas pentas ini, saya rasa sangat terharu. Dapat berdiri di atas pentas (podium), sampai sekarang saya masih tak percaya.

"Walaupun perlawanan hari ini tak dapat bermain baik, tapi saya tahu ramai yang memberikan sokongan kepada kami," kata Liu Ying yang terpaksa berehat selama dua tahun kerana kecederaan lutut.

Tambah Peng Soon lagi, dia sempat meluahkan ucapan terima kasih kepada isterinya yang terpaksa banyak berkorban untuk menjaga dua anaknya sepanjang sebulan perjuangannya di Rio.

"Kadang-kala saya kesian dengan isteri sebab saya ke sini selama sebulan. Dia bersusah payah menjaga anak-anak dan tertekan. Terima kasih kepada keluarga di Pulau Pinang yang memberi sokongan."

Related Posts:

0 Response to "4 Sebab Kenapa Beregu Campuran Negara Kita Tewas Mudah Difinal Didedahkan"

Post a Comment