Wajah Terkini Yang MENGEJUTKAN Kembar Siam Dari Malaysia Jadi Tumpuan Seluruh Dunia


Masihkah anda ingat kisah adik beradik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada dan punggung pada tahun 1998, dan menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002 pernah menjadi tumpuan seluruh dunia suatu ketika dulu.

Sedar tidak sedar, adik beradik kembar kini sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini.


Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23m Subang Jaya aliran Sains Tulen menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
"Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi. 
"Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu jumpa kawan-kawan," katanya.
Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik-beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu. Malah, mereka juga bertuah dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa membantu sewaktu mereka di sekolah.
"Setiap hari ayah akan mendukung kami sampai ke kelas. Mujurlah kelas kami di tingkat satu jadi ayah taklah penat sangat. 
"Kawan-kawan akan bantu bawa ke makmal. Mereka juga tidak pernah ejek sebab semuanya memahami keadaan kami. Ada juga yang bantu beli makanan di kantin pada waktu rehat," katanya.

Related Posts:

kami 16 beradik dengan RM150"

Kisah ini dikongsikan oleh Tuan Mohd Yazid mengenai kehidupan keluarganya. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan. 


Kita sekarang kalau beranak 5 sederet lelaki dah rasa frust. Ni mak saya tabahnya dia sampai 11 lelaki.. rilek je. Susah nak jumpa keluarga yang ada adik beradik 1 hingga 11 yg sama jantina. Boleh masuk malaysia book of record ni.

Dan 1 hingga 16 semua masuk universiti.. ni pun boleh masuk rekod rasanya smile emoticon

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150, mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua kerja Allah..semua rezeki dari Allah

(وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا)

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; KAMILAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA MEREKA (anak2) DAN KEPADA KAMU (ibubapa). Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar
[Surat Al-Isra 31]

Allah bagi rezeki kpd anak2 dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain. Pada tahun 2001,ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api utk masak.. ada parut kena parang pd tahun 2001 di tangan kiri. 

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada rancangan makanan tambahan, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya. Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat berjemaah di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, "tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga". Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu.

Related Posts:

5 Kanak-Kanak Maut Ditetak Kerana Buat Bising


5 Kanak-Kanak Maut Ditetak Kerana Buat Bising | Lima kanak-kanak berusia antara lima bulan hingga lapan tahun telah ditemui mati apabila seorang lelaki berusia 22 tahun menetak mereka di daerah Chai Prakarn, Chiang Mai.
Lelaki yang dikenali Asapa Siwua mempunyai masalah gangguan mental dikatakan baru sahaja dibebaskan dari hospital di Chiang Mai masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau sepanjang 47 sentimeter lalu menetak kepala dan leher mangsa.
Ibu kepada dua kanak-kanak perempuan yang dibunuh, Yikor Sae Jern menyatakan anaknya mengalami luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
Jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk menyatakan lelaki itu menjadi berang selepas terdengar bunyi bising yang datang dari rumah mangsa lalu mengambil pisau besar di dapur lalu pergi ke rumah jirannya dan menetak seorang demi seorang.
Tiga kanak-kanak ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Sebaik sahaja melakukan pembunuhan kejam itu, lelaki tersebut masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
23456

Related Posts:

Pelajar Dedah Foto Peribadi Guru Wanita Yang Tidak Sepatutnya Ada Di Facebook



Pelajar Dedah Foto Peribadi Guru Wanita Yang Tidak Sepatutnya Ada Di Facebook | Tidak dapat dinafikan lagi, fesyen anak muda masakini agak keterlaluan dek pengaruh laman sosial yang berjaya memesongkan akidah kebanyakan golongan remaja di Malaysia.
Seorang guru wanita dikatakan telah kehilangan telefon bimbitnya telah berjaya dijumpai oleh seorang pelajar di sekolahnya.
Pelajar tersebut telah mengodek telefon bimbit miliknya guru wanita terbabit dan menjumpai beberapa gambar yang agak menghairahkan.
Tanpa bertanya pada guru wanita itu, dia telah bertindak memuatnaik gambar panas itu sehingga menjadi viral di laman sosial.
Awek SeksiAwek Hotgambar awek seksi

Related Posts:

12 Gambar Syasya Othman Dengan Hanya Berbikini


12 Gambar Syasya Othman Dengan Hanya Berbikini | Wanita melayu moden paling seksi dan berani, Syasya Othman sememangnya seorang gadis yang tersangat berani menayang segala asetnya menerusi Instagram dan tidak pelik jika ramai lelaki miang yang membuatnya sebagai tempat melempias nafsu.
Inilah jadinya apabila seseorang itu terlalu taksub dengan gaya hidup yang terlalu kebaratan sehingga sanggup berpakaian sebegini rupa yang jelas amat memalukan.
Apa pun, mari kita skodeng 12 gambar Syasya Othman dengan hanya berbikini yang Laman Viral kongsikan di bawah ini buat tatapan anda.

12 Gambar Syasya Othman Dengan Hanya Berbikini



Foto Syasya Othmangambar awek seksiGambar Seksi Syasya OthmanGambar Syasya OthmanSyasya Othman BikiniSyasya Othman HotSyasya Othman

Related Posts:

ALFATIHAH: Akhirnya Polis Cilik Ini Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cilik, Farish Danish Akasha Fauzi, 9, meninggal dunia pagi semalam akibat mengidap kanser pundi kencing.

Perkara tersebut disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial, Facebook rasmi mereka, sebentar tadi.

Dalam kenyataan tersebut, PDRM menyatakan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian adik Farish.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.

Sebelum ini, Farish yang menderita penyakit kanser menyatakan hasrat untuk menjadi seorang anggota polis.

Susulan itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Mei lalu telah merealisasikan hasrat Allahyarham menjadi anggota polis.

Related Posts:

Padah 10 Aksi Selfie Berakhir Dengan Tragedi!



Trend selfie kini menjadi fenomena yang melanda hampir seluruh manusia di muka bumi ini. Tanpa mengira waktu, tepat, gaya semuanya selfie apabila dah ketagih. Namun, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi memilukan dan menyedihkan. 

1. Oscar Otero Aguilar


Mabuk yang mengundang padah! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gaya. Malangnya, dia telah tertembak diri sendiri sewaktu sedang mengambil gambar.

2. Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol


Selfie tidak bertempat! Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal sewaktu cubaan untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api akibat renjatan elektrik.

3. Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematiannya.

4. Collete Moreno dan Ashley Theobald

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Dua gadis ini sedang berada di dalam perjalanan menuju ke parti meraikan bakal pengantin baru, Collete Moreno sewaktu dia merakam selfie ini. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete.

5. Gary Slok dan ibunya

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi Gary Slok dan ibunya yang merupakan penumpang MH17 tidak berpeluang menikmati percutian idaman setelah kapal terbang malang itu ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia.

6. Mohammed al-Chaar

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia 16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan sepertimana kebiasaan remaja lain. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila turut terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar, sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter untuk kempen anti-keganasan.

7. Dua wanita di Iran

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Kedua-dua wanita ini memang penggila selfie yang tegar! Mereka telah terlibat dengan kemalangan sewaktu merakam video nyanyian mereka di dalam kereta. Mujur kedua-duanya terselamat dalam kemalangan itu. Namun begitu, mereka masih sempat berselfie sewaktu di dalam perjalanan ke hospital. Nampaknya mereka memang tidak akan berasa serik untuk berselfie pada masa akan datang!

8. Jenni Rivera

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa kesemua penumpang.

9. Pasangan dari Poland

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.

10. Xenia Ignatyeva

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Semoga dengan apa yang berlaku dari kisah yang dikongsikan ini dijadikan pengajaran buat kita semua agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati ketika selfie.

Related Posts:

Cuba Lihat Apa Adik Ini Pegang... TERHARU!


"Cuba tengok apa yang adik ini pegang," demikian kapsyen gambar yang ditulis finalis ...

"Cuba tengok apa yang adik ini pegang," demikian kapsyen gambar yang ditulis finalis Pendakwah Daie Musim Kedua, Izzhar Nazri berkenaan gambar yang menunjukan seorang pemain  bola sepak Malaysia bawah 13 tahun memegang al-Quran tatkala berada dalam kapal terbang.

Bercerita lagi Izzhar berkata, dia sering mengikuti perkembangan skuad ini dan dia menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian 'adik-adik ini.
"Saya antara yang ikuti perkembangan pasukan bola sepak Malaysia Bawah 13. Mereka belasah hampir semua pasukan di England!
"Semalam mereka selamat sampai ke Malaysia selepas tamat #JelajahUK2015. Selain latihan memantapkan fizikal dan mental, antara faktor mereka digeruni adalah punyai rohani yang mantap," tulisnya lagi.
Cuba Lihat Apa Adik Ini Pegang... TERHARU!

Dalam pada itu, Izzhar berkata pemain-pemain ini juga  'pandai menjaga agama' ketika bersukan.
"Adik-adik ini menutup aurat setiap kali perlawanan dan melazimi bacaan quran untuk menguatkan spritual mereka. Cenggini!," tulisnya.
Terdahulu dalam perkembangan  #JelajahUK2015 #TeamNFDP menunjukan pencapaian yang sangat membanggakan.

Anak buah Lim Teong Kim itu membelasah Crystal Palace B13 7-0 pada Jumaat lepas.

Keputusan yang sama dicatat dalam perlawanan pertama jelajah UK menentang Barnsley Schools FA B13.

Jelajah UK tahun ini menyaksikan Malaysia berpeluang bertemu dengan pasukan di luar London seperti Manchester City, Sheffield Wednesday, Barnsley dan Liverpool.

Dalam sepuluh perlawanan yang diadakan, Malaysia hanya tewas sekali kepada City (0-2) dan seri dengan Reading (1-1).

Jelajah UK buat pemain bawah 13 tahun negara kali ini amat mencabar berbanding tahun lalu.

Mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca sejuk namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.

Skuad Bawah 13 Malaysia dianggotai oleh Penyerang: Asman Asrul nombor 8, Luqman Hakim  10 ; Arif Aiman   13; Danial Amali 33;  Pemain Tengah: Amirul Ashrafiq  23

Haikal Rosdi nombor 26; Pemain Tengah: Alif Daniel 14 ; Haikal Alif  15 ; Alias Alan  17 - Ketua Pasukan; Pemain Tengah 2: Ikhwan Hafizo 6; Aleff Haedi 7;  Alif 'Kancil' Mutalib 9;  Naven Raj 11Pertahanan: Firdaus Ramli  20 ; Danial Romizan  24; Amir Ariffin  16; Amran Abd Jamil  18 ; Fahmi Daniel 19; Pertahanan 2; Danish Ishak 4; Hariz Mansor ;5 ; Raimi Shamsul 12; Penjaga Gol: Sikh Izhan Nazrel 1; Daniel Akmal 22;  Abdul Alim Al-Amri 32.

Related Posts:

ANAK DERHAKA! Tergamak Buat Ibu Seperti Ini...

JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun...
JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.

Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandungnya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badannya.

ANAK DERHAKA! Tergamak Buat Ibu Seperti Ini...

Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.

Pemandunya, Encik Liu dan isterinya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.

Apabila ditanya, Liu memberitahu dia telah meminta ibunya duduk di bahagian bonet agar anaknya boleh berehat dengan betul dan selesa di tempat duduk belakang.

ANAK DERHAKA! Tergamak Buat Ibu Seperti Ini...

Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.

Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelakinya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.

Apa yang menariknya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenarnya dibeli oleh ibunya sendiri untuk Liu. 

Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka. 

Related Posts: