Kehadiran SULTAN JOHOR di sebuah pasaraya MENGEMPARKAN pengunjung !!! , apakah yang dilakukan Sultan disana?? Kenapa pengunjung kelihatan takut bila tuanku disana?? Jom baca, jangan menuduh tanpa usul periksa :)

Jangan terkejut jika anda terserempak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membeli sayur di pasar raya.

Hakikatnya, kejadian itu berlaku ke atas wartawan China Press yang terjumpa Sultan Ibrahim sedang membeli-belah di Plaza Pelangi, Johor Bahru pada 11.30 pagi, Jumaat ini.





Ketika itu, Sultan Johor sedang membeli sayur dan singgah selama 10 minit sebelum meninggalkan pasar raya itu.

Walaupun diiringi ramai pengawal tidak beruniform, tetapi Sultan Ibrahim yang mengenakan baju berwarna kuning tidak lain seperti pelanggan biasa yang memilih sayur segar.

Kehadiran VIP itu disedari sesetengah orang tetapi mereka tidak berani menghampiri sehingga seorang lelaki menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sultan Johor kelihatan bersalaman dengan lelaki itu sebelum meneruskan aktiviti memilih sayur, sementara pengawalnya meletakkan sayur yang terpilih ke dalam troli.

Related Posts:

0 Response to "Kehadiran SULTAN JOHOR di sebuah pasaraya MENGEMPARKAN pengunjung !!! , apakah yang dilakukan Sultan disana?? Kenapa pengunjung kelihatan takut bila tuanku disana?? Jom baca, jangan menuduh tanpa usul periksa :)"

Post a Comment