"Tawar Hati" Akhirnya Linda Rafar Harungi Kehamilan Tanpa Suami??



Masih lagi menunggu keputusan pihak mahkamah, Linda Rafar dalam masa yang sama mengakui
dirinya mengalami tekanan emosi dan berasa trauma selepas apa yang menimpa dirinya baru-baru ini.

Menurut Linda, suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai pada pagi Selasa lalu. Malah suaminya itu juga berubah dan tidak bercakap selepas pulang bekerja daripada Kelantan selain tidak bertegur sapa mahupun bertentang muka.

“Kemudian saya nekad mengambil keputusan untuk menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya untuk bertanyakan mengapa dia langsung tidak menghiraukan saya. Seterusnya pada pagi Selasa lalu, sekitar pukul 7.30 pagi, kami mula bertengkar dan ketika itu dia melafazkan cerai”


“Kami kemudian tidak bertegur antara satu sama lain dan dia keluar rumah tanpa rasa bersalah atau cuba memujuk saya sebelum pulang semula pada waktu malam. Sebolehnya saya tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan ini kerana bimbang jika usia kandungan telah meningkat, perkara sama akan berlaku sekali lagi”

“Bahkan saya rela untuk mengharungi tempoh kehamilan tanpa suami. Sejujurnya perkara ini menyebabkan saya trauma dan fobia untuk berdepan dengan masyarakat,” jelasnya kepada Kosmo!

Hasil perkahwinan yang dibina selama lapan tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Rezaqiib, 7 dan Syed Rezariiq, 4 serta kini sedang hamil tiga bulan. Buat pasangan ini, bertabahlah menghadapi dugaan dan semoga masalah ini akan berjumpa penyelesaian satu hari nanti.

Related Posts:

0 Response to ""Tawar Hati" Akhirnya Linda Rafar Harungi Kehamilan Tanpa Suami??"

Post a Comment