Izzue Islam Jatuh Kerusi


Kadang-kadang insiden yang tidak diduga berlaku tidak kira siapa pun. Pasti ada diantara anda yang kadang-kadang terjatuh atau tersadung sedangkan anda dalam keadaan yang berhati-hati. Sebagai contoh sebelum ini penyanyi Ziana Zain yang tercampak mikrofon disaat akhir menyampaikan lagu Beyonce berjudul XOXO di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015.

Sekadar menyebut beberapa nama, penyanyi Indonesia, Afgan yang terjatuh dari pentas semasa sesi latihan semasa pentas tersebut bergerak. Kris Dayanti juga pernah jatuh ketika membuat konsert di KLCC Plenary Hall. Jaclyn Victor juga pernah tersungkur ketika memasuki sebuah pertandingan nyanyian. Penyanyi Misha Omar juga pernah dresnya terlekat di pentas. Jika bergerak pasti terkoyak. Namun mereka pandai mengawal keadaan.

Ini pula kisah yang baru terjadi kepada Izzue Islam. Bukan tercampak mikrofon tetapi terjatuh dari kerusi. Izzue hadir di acara Sembang Warung Halal yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Pada acara tersebut Izzue tidak berseorang tetapi turut dihadiri panel yang lain iaitu Ustaz Halim Hafidz dan juga Fahrin Ahmad.

Video Izzue jatuh dari kerusi itu tidak disengajakan. Sedang seronok berbicara mengenai tajuk Langkah Pertama, tidak semena-mena Izzue jatuh kebelakang. Video yang dirakam oleh Nadzira ini telah menerima retweet sebanyak 404 di laman Twitter. Anda nak tahu bagaimana Izzue terjatuh, boleh tonton video ini. Nasib baik pandai cover dan tidak ada kecederaan yang teruk. Apa-apa pun harap selepas ini berhati-hati ya, Izzue.


Related Posts:

0 Response to "Izzue Islam Jatuh Kerusi"

Post a Comment