8 Situasi Mgkin Anda Tidak Tahu Apabila Pakai ‘Contact Lens’ ..



Dulu ada satu fenomena di mana boleh dikatakan semua orang nak pakai contact lens atau kanta lekap. Bukan sebab rabun pun, saja pakai sebab macam-macam warna ada kan? Lepas tu boleh buat mata besar dan automatik rasa diri terlebih cantik pula.
Tapi tak semua tahu derita orang yang pakai kanta lekap ni rasa. Nak tahu apa? Jom baca apa yang kami kongsikan untuk anda.
#1. Masa bersiap bertambah 30 minit
Ada sesetengah orang atau wanita dia akan pakai kanta lekap dulu baru pakai make up. Ada pula yang dah siap cantik-cantik baru pakai kanta. Apa pun, masa tambahan tu bila kanta lekap anda tak diposisi yang betul dalam mata. Kena lah buka pakai, buka pakai sampai nangis.
#2. Bila Sesuatu Masuk Mata Anda
Orang yang tak pakai kanta bila habuk masuk terus sepantas kilat gosok mata lah, hembus kat mata lah. Bila orang yang pakai kanta ni terkebil-kebil lah mata sebab nak usik takut kanta tu terlari pula.
#3. Gelisah Bila Kanta Anda Tercicir
Setiap orang yang pakai kanta lekap mesti pernah ada pengalaman kanta tercicir entah ke mana. dah lah rabun, kanta tak jumpa. Habislahhhhhhh
#4. Anda Nampak Lain Bila Pakai Cermin Mata
“Eh, lainnya rupa bila pakai specs” Soalan biasa bila orang yang selalu pakai kanta lekap pakai specs. Kan?
#5. Dah Tak Minat Nak Berenang
Takkan nak pakai cermin mata sambil berenang kot? Tapi kalau tak pakai nak nampak apa? Mesti rasa tak selamat pakai kanta lekap dalam air. Tapi sebenarnya okay je nak pakai. Dia tak tertanggal pun.
#6. Betulkan Posisi Kanta Lekap
Kadang-kadang kita perlu betulkan kanta lekap kita. Tapi reaksi orang sekeling sama ada tercengang tak pun tutup mata bila tengok kita membuntangkan mata sambil membetulkan kanta.
#7. Anda Sering Diingatkan Tentang Bahaya Pakai Kanta
Nampaknya orang yang tak pakai kanta lekap lagi banyak tahu tentang bahaya pakai daripada anda. Sabar okay?
#8. Mata Kering
Bila seharian pakai, mata pun jadi kering dan asyik nak berkelip je. Sampai satu tahap anda terpaksa fikirkan peristiwa sedih dan nangis. Sebab tahukah anda air mata boleh cuci mata kita yang kering?

Related Posts:

0 Response to "8 Situasi Mgkin Anda Tidak Tahu Apabila Pakai ‘Contact Lens’ .."

Post a comment