PANAS!!! Mamat Dedah Cerita Sebenar Kenapa Beliau Bakal Sertai Sepah Kembali...



Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat Sepah menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal bergabung semula dengan Jep dan Shuib seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.
Menurut Mamat tiada perbincangan lanjut antara mereka bertiga mengenai penubuhan kumpulan Sepah setelah sekian lama mereka berpecah.

“Tidak dinafikan saya masih rapat dengan mereka berdua. Kami masih lagi lepak bersama tetapi
bukan dengan tujuan tertentu. Tiada perbincangan lanjut antara kami mengenai penubuhan semula kumpulan Sepah.

“Saya sendiri tidak boleh beri komen mengenai perkara ini. Mungkin kerana penampilan saya tempoh hari di Anugerah Lawak Warna bersama kumpulan Sepahtu di atas pentas yang membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya,” jawab Mamat.

Jelas Mamat, dia turut menafikan dakwaan penubuhan semula kumpulan Sepah sebagai persediaan
untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega yang akan datang.

“Kalau nak cerita mengenai program Maharaja Lawak Mega, ianya sesuatu yang besar.
Macam saya cakap tadi, saya dan ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib tiada perbincangan
lanjut mengenai perkara ini,” jelas Mamat ringkas.

Dalam pada itu, Mamat mengakui kini lebih selesa fokus dengan kerjayanya sebagai
penyampai radio di Ultra FM bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.

“Fokus saya kini hanya sebagai penyampai radio di Ultra FM gembira kerana dapat berinteraksi
dengan peminat dan pendengar secara langsung,” katanya.

Related Posts:

0 Response to "PANAS!!! Mamat Dedah Cerita Sebenar Kenapa Beliau Bakal Sertai Sepah Kembali..."

Post a Comment