GEMPAR!!! Jumpa baju tidur, pakaian dalam!!!


HULU SELANGOR – Pe­nemuan sehelai baju tidur, pakaian dalam, sebilah pisau dan sejumlah kapas di Hutan Simpan Bukit Kutu berhampiran perkampungan Orang Asli Buluh Telor di sini semalam memberi petunjuk baharu dalam usaha mencari dan menyelamat Jashiah Rabu, 53.

Guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Keramat Satu ber­kenaan dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam hutan tersebut sejak 23 Oktober lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, kesemua barangan tersebut dijumpai kira-kira pukul 10 pagi berhampiran kebun kelapa sawit kira-kira dua kilometer dari pos operasi

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kesemua barangan tersebut dimiliki guru besar berkenaan.

“Kita menggunakan kepakaran unit anjing pengesan (K9) untuk mengesahkan sama ada kesemua barangan tersebut mempunyai kaitan dengan mangsa.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan kita memerlukan masa untuk menyiasat kesemua barangan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.--Kosmo

Related Posts:

0 Response to "GEMPAR!!! Jumpa baju tidur, pakaian dalam!!!"

Post a Comment