Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Bukan Sebab Klorin Tetapi Air Kencing - Pakar




Sebenarnya ada keburukkan juga mandi di kolam renang awam seperti di hotel, taman tema atau di mana sahaja.

Selalunya orang yang mandi manda di kolam renang akan berasa sakit mata selain terdapat bau yang kuat yang selalunya orang kata kerana klorin. Tetapi menurut satu kajian, perkara itu bukan disebabkan oleh klorin.

Punca symptom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang merupakan sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat mendedahkan mata merah dan pedih adalah kerana campuran klorin, air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

Ini komen dari Chris Wiant, pengerusi Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

"Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin."

"Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang,"

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana kebanyakkan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program, campuran-campuran air kencing dan bahan kotorlain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Sumber: SiakapKeli

Related Posts:

0 Response to "Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Bukan Sebab Klorin Tetapi Air Kencing - Pakar"

Post a Comment