RESPECT PADA ATISARTIS NI MEREKA SEMUA BERMULA DARI BAWAH REMY ISHAK PALING HEBAT

RESPECT PADA ATISARTIS NI MEREKA SEMUA BERMULA DARI BAWAH REMY ISHAK PALING HEBAT

art.jpg
Tidak semua yang sudah mencipta nama dalam persada seni tempatan mengecapi populariti dalam sekelip mata. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Apa pekerjaan artis sebelum popular? Malah, ada di antara nama-nama besar dalam industri seni yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang. Jom intai pekerjaan para artis tanah air sebelum mereka bergelar artis.
APA PEKERJAAN ARTIS SEBELUM POPULAR
Datuk Yusof Haslam
Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.
Aaron Aziz
Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni. Aktor kelahirah Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.
Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta. Duit belanja yang ditinggalkan untuk isteri dan anak juga tidak seberapa. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada mata wang Singapura, jadi sedikit, luah pelakon Ombak Rindu ini.
Remy Ishak
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya. Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.
Nabil Ahmad
Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan. Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.
Dato Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu. Penyanyi lagu Cindai ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun. Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.
Adibar Noor
Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995. Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.
Nora Danish
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon. Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.
Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah Tanpa Slip Gaji. Loan pinjaman rumah susah nak lulus? Banyak kali dah apply, masih tak lulus? Nak tahu cara mudah nak lulus loan rumah walaupun tanpa slip gaji? Ada rahsia yang anda boleh buat dengan segera. Moga-moga impian untuk memiliki rumah pertama akan berjaya dicapai tahun ini. Nak lulus pinjaman bank beli rumah Dalam entri saya di sini,Cara buat loan rumah sampai lulus, banyak juga soalan yang ditanya berkaitan berapa banyak yang kita boleh pinjam jika gaji suami sekian-sekian, dan gaji isteri sekian-sekian banyak. Contohnya soalan di bawah: Gaji saya basic RM3500, tak termasuk dengan elaun offshore. Normally, sebulan dalam RM7000~RM8000. Gaji isteri saya dalam RM3500. Kami nak cari rumah dalam harga RM550k. Tanggungan kereta RM800, ada sedikit personal loan dalam RM9000. Dalam awal tahun 2016 habis.
Kemudian bayaran loan pinjaman belajar untuk kedua-dua kami sebanyak RM700. Soalannya, berapa banyak jumlah pinjaman yang boleh pasangan ini mohon (atau akan diluluskan oleh bank) dan berapa range harga rumah yang mereka mampu untuk bayar? Gaji saya basic RM3500, tak termasuk dengan elaun offshore. Normally, sebulan dalam RM7000~RM8000. Gaji isteri saya dalam RM3500. Kami nak cari rumah dalam harga RM550k. Tanggungan kereta RM800, ada sedikit personal loan dalam RM9000. Dalam awal tahun 2016 habis.
Kemudian bayaran loan pinjaman belajar untuk kedua-dua kami sebanyak RM700
1. Bagaimana cara nak kira kemampuan loan/pinjaman yang kita boleh mohon dengan bank? Harga rumah yang nak dibeli = RM190,000 Deposit = RM19,000 Bayaran bulanan = RM944.00 (CIMB Islamic, 30 tahun, flexi loan) Anda boleh kira sendiri di 2 laman ini: AKPK Kalkulator Pinjaman Perumahan & Kira bayaran bulanan pinjaman perumahan
2. Berdasarkan bayaran bulanan RM944 di atas, anda yang berkira-kira nak buat loan/pinjaman rumah sewajarnya sudah boleh berkira-kira berapa banyak pendapatan sebulan yang anda harus ada, dan berapa banyak yang tinggal selepas ditolak semua komitmen yang wajib dibayar.
3. Kalaulah jumlah baki wang yang ada selepas ditolak-tolak komitmen lain (cth: loan kereta, PTPTN, ASB loan) lebih rendah berbanding bayaran bulanan di atas, besar kemungkinan permohonan pinjaman/loan rumah anda akan gagal. Maksudnya, untuk mudah lulus loan pinjaman perumahan, berdasarkan pengalaman saya membeli rumah pertamaanda wajib mencantikkan bank statement akaun bank anda. Jangan ada sangkut kat mana-mana bayaran pun terutama hutang kad kredit. Jika aliran pembayaran hutang anda cantik, mana-mana bank pun akan berebut untuk menjadikan anda pelanggan mereka. Itu yang terjadi kepada kami. Alhamdulillah. Bagaimana cara nak beli rumah tanpa perlu bayar deposit? Bayar deposit lebih rendah atau langsung tak perlu bayar deposit. Ada caranya; Beli rumah yang masih dalam pembinaan. Biasanya ada 7% diskaun untuk Bumiputera. Jadi, anda hanya perlu bayar 3% sahaja. Cari rumah yang under market value ataupun tuan rumah yang memang urgent terpaksa nak jual rumah sebab memerlukan duit segera. Anda boleh gunakan kesempatan ini untuk cuba mendapatkan loan 100% daripada bank. Ini antara tips ringkas yang mampu saya kongsikan untuk mereka yang benar-benar ingin buat pinjaman/loan perumahan dari bank dan berhasrat loan mudah lulus. Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah dengan Bank
Sumber: jiwasembang

Related Posts:

0 Response to "RESPECT PADA ATISARTIS NI MEREKA SEMUA BERMULA DARI BAWAH REMY ISHAK PALING HEBAT"

Post a Comment