Kuantan: Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui tukang cuci di dalam tandas wanita di Terminal Sentral Kuantan, di sini, tengah hari tengah hari tadi.
Difahamkan, dalam kejadian 12.40 tengah hari itu, tukang cuci berusia 52 tahun itu menyedari kehadiran seorang gadis masuk ke dalam tandas wanita sambil mengendong sesuatu di dalam kain batik.
Wanita itu tidak mengesyaki perlakuan pelik sebelum menyedari gadis berkenaan 'ghaib' ketika dia masuk ke dalam tandas untuk melakukan kerja mencuci dan menemui bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan tidak sampai 24 jam.
Bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Polis masih mengesan suspek yang meninggalkan bayi perempuan itu dan akan mengambil keterangan daripada pengadu sekali gus membantu menyelesaikan kes berkenaan.
Beliau berkata, bayi perempuan itu kini berada di HTAA untuk mendapatkan rawatan dan polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

0 Response to "Tangisan 'ANAK' Syurga dalam tandas Terminal WANITA 'ghaib'"
Post a Comment