Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.
Dato' Sri Vida Bantah Kafa Kekalkan Jersi Warna Merah |
Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.
"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.
"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah," katanya kepada mStar Online.
Dalam posting instagram beliau, Dato' Seri Vida menulis:
Hari Ahadpun meeting dengan KAFA..
With my LAwyer..
Syarat syarat saya perlu dilaksanakan...
I have to firm with my visions..
Isu tandas n surau saya utamakan juga..
Support Pamoga Qu Puteh The Red Warriors...
Pink..pink..pink...
Go go go
GOMO KELATE GOMO
����������������������
Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.
"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.
Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.
Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.
"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," katanya.
Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar segera.
BACA JUGA: "Kalau dah alang-alang jersi dan stadium merah jambu, apa salahnya wisel pun merah jambu"
"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini," katanya. - MsTAR
0 Response to "Dato' Seri Vida Bantah Kafa Kekalkan Jersi Warna Merah"
Post a Comment