Subhanallah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk...



"Dia dalam keadaan cemas dan mahu meminjam cangkul untuk menanam uri bayi di belakang rumahnya membuatkan saya berasa curiga lalu mendesaknya menceritakan tujuannya sebenar.
Setelah didesak, akhirnya dia mengaku mahu...."



Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri.

KLANG - Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, semalam, lapor Harian Metro.

Menurut jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagi Haris, 30, berkata, suspek pada mulanya mahu meminjam cangkul, alasan mahu menanam uri bayi di belakang rumahnya. 

"Dia dalam keadaan cemas dan mahu meminjam cangkul untuk  menanam uri bayi di belakang rumahnya membuatkan saya berasa curiga lalu mendesaknya menceritakan tujuannya sebenar.

"Setelah didesak, akhirnya dia mengaku mahu menanam mayat seorang budak yang telah dilanggar sehingga mati dalam kemalangan di Pandamaran," katanya yang terus menghubungi polis dan memaklumkan kejadian itu.

Dedah seorang lagi jiran bernama Siti, 35, berkata, mangsa kerap menangis di rumah itu tetapi tidak menganggap sebarang perkara buruk yang berlaku. 

"Budak itu jarang keluar rumah dan hanya bermain di sekitar kawasan rumah sahaja. Saya tidak mengenali rapat keluarga budak itu kerana penghuni rumah itu kurang bergaul dengan jiran berdekatan. Saya pun tidak tahu kejadian yang berlaku sehingga kehadiran sepasukan polis ke rumah itu malam semalam," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abd Razak berkata, suspek yang ditahan, tidak mempunyai pekerjaan tetap. 

Beliau juga turut meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya mangsa dihantar ke rumah pengasuh sebelum kejadian itu berlaku.

Jenazah kanak-kanak lelaki itu dikebumikan di Mentakab, Pahang pada malam ini atas permintaan ibunya.

Related Posts:

0 Response to "Subhanallah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk..."

Post a comment