Subhanallah! Dunia Akhir Zaman ! Sanggup Jalan Beratus Kilometer Untuk Melakukan MAKSIAT !
Tentu korang kenal siapa lelaki ni. Orang yg sangat dikenali. Mana nak letak muka lagi lepas ni ? Memalukan BETUL !
JOHOR BAHRU - Tindakan sepasang kekasih memilih menginap bersama di sebuah hotel bajet di sekitar Permas Jaya, di sini, membawa padah apabila mereka antara 14 pasangan yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) menerusi Ops Asyik, malam kelmarin.
Difahamkan, pasangan itu masing-masing berusia 25 tahun, saling mengenali sejak enam tahun lalu dan bercadang berkahwin dua tahun lagi.
Wanita yang ditahan itu pula memberitahu, dia yang berasal dari Kuala Lumpur sanggup memandu ratusan kilometer untuk bertemu pasangannya yang sememangnya menetap di kawasan berkenaan.
Dalam serbuan tersebut, pihak Jaij pada mulanya hampir diperdaya pasangan terbabit kerana beranggapan bilik dihuni kosong kerana pendingin hawa tidak dibuka.
Anggota Jaij juga mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memaksa pasangan terbabit membuka pintu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jaij, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata, sepanjang operasi yang bermula jam 11.30 malam hingga jam 1 pagi itu, satu lagi pasangan yang bersekedudukan di sebuah hotel bajet lain turut ditahan.
Menurutnya, mereka yang ditahan termasuk tujuh lelaki beragama Islam yang mendapatkan khidmat urut dan tiga wanita yang dikatakan menjadi tukang urut di beberapa rumah urut.
“Beberapa lokasi yang diserbu adalah hasil aduan orang ramai dan risikan yang telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
“Berdasarkan maklumat, sekitar kawasan ini memang didapati berlaku gejala tidak bermoral di rumah urut termasuk majikan yang masih berdegil dengan menggaji wanita beragama Islam,” katanya.
Mohd Hafiz berkata, semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 27(1)A dan B Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkelakuan tidak bermoral khusus kepada mereka yang bekerja di rumah urut atau mengurut individu berlainan jantina.
“Bagi kesalahan itu mereka boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.
Operasi itu disertai 30 anggota Jaij dan dilakukan secara bersepadu bersama dua agensi lain iaitu 18 anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

0 Response to "Subhanallah! Dunia Akhir Zaman ! Sanggup Jalan Beratus Kilometer Untuk Melakukan MAKSIAT !"
Post a Comment