RESPON PEDAS KHATY FAUZIAH PADA GAMBAR SYATILLA BUAT KAMI PECAH PERUT

ALAHAI, sportingnya!
Jika kebanyakan daripada kaum wanita yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi pasti masih terkapai-kapai mencari tapak di hati bakal ibu mertua, berlainan pula senarionya dengan pelakon, Syatilla Melvin dan Khaty Fauziah.
Keakraban mereka memang telah terserlah sejak sekian lama lagi di laman sosial apabila kekasih Shaheizy Sam itu seringkali memaut nama pengguna Khaty pada foto-fotonya di Instagram, dan begitu juga sebaliknya dengan Khaty.
Kedua-dua mereka kelihatan sungguh mesra dan sering bergurau senda antara satu sama lain, sehinggakan ada daripadainside jokemereka yang kadangkala buatkan peminat keliru kerana lawaknya lebih kepada membahan daripada sakat manja!
Baru-baru ini, Syatilla telah memuatnaik gambarnya bersama suami Khaty, Abdul Samad Jaaman di Instagram beserta kapsyen,Ok sorry, kami xde niat nak sorok relationship kami. #jangankecamsaya @khatyfauziah.
khaty
Kalau orang lain, mungkin dah kena bambu teruk-teruk dengan bakal ibu mertua, tapi itulah perbezaan antara Syatilla dan Khaty dengan kita orang biasa.
Dengan nada berseloroh, Khaty relaks sahaja lalu meninggalkan satu respon selamba:Mana satu kau nak ni?Laki aku? Atau anak aku? Hahahaha, seperti dalam gambar di bawah:
khaty 2
Mungkin hubungan mesra antara Syatilla dan ibunya yang membuatkan hati Sam terbuka untuk melamarnya sebagai isteri, kan?
Ya lah, umum sudah sedia maklum bahawa Sam merupakan anak bongsu kesayangan Khaty dan sering menjadi peneman Sam ke majlis-majlis rasmi. Kedua-dua anak beranak ini memang mempunyai hubungan yang terlalu rapat sehinggakan jelas sekali Sam amat mengutamakan kata dua daripada ibunya dalam memilih sebarang keputusan hidup, termasuklah dalam soal jodoh.
Oleh sebab itulah, kami rasakan Syatilla amat bertuah kerana mempunyai bakal mertua yang ngam dan sekepala dengannya. Bukan apa, mahu memikat hati ibu kepada kekasih kita bukan senang, tau!
Apa-apa pun, kami tumpang gembira atas kebahagiaan pasangan ini dan kami doakan agar majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung awal Februari ini berjalan dengan lancar.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: superkiram

Related Posts:

0 Response to "RESPON PEDAS KHATY FAUZIAH PADA GAMBAR SYATILLA BUAT KAMI PECAH PERUT"

Post a comment