#Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.
#Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.
#Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.
#Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.
#FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
#“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.
#“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…
#“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.
#Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.
0 Response to "Tak Sangka Jejaka Ni Rupanya! Untung Betul Lelaki Ni Kan! Inilah 2 foto wajah sebenar bakal suami Fara Fauzana yang terlajak kacak macam artis popular Bollywood, Aamir Khan."
Post a Comment