Pelik dan tidak masuk akal apabila budak yang berumur 8 tahun berkahwin dengan nenek berusia 61 tahun. Budak 8 tahun itu berkahwin adalah disebabkan oleh roh moyangnya yang menyuruh untuk berkahwin dengan nenek berusia 61 tahun itu.
Disebabkan bimbang dikenakan hukuman kerana tidak mengikuti arahan roh moyangnya itu lalu budak ini mengikatkan tali perkahwinan dengan orang yang lebih tua darinya. Kanak-kanak itu, Sanele Masilela dari bandar Tshwane berkahwin dengan Helen Shabangu, seorang ibu kepada lima orang anak.
Mereka membayar sebanyak 500 pound (RM2,290) kepada pengantin perempuan manakala 1,000 pound (RM4,581) lagi untuk majlis perkahwinan itu yang diuruskan dalam tempoh dua bulan. Dengan memakai tali leher bow dan sut berwarna perak, Masilela anak bongsu kepada lima beradik saling bertukar cincin dengan pasangannya di hadapan 100 tetamu yang hadir.
Perkahwinan itu nyata mengejutkan sesetengah masyarakat, namun keluarganya mempertahankan keputusan mereka dengan menyifatkannya sebagai satu ritual dan ia tidak terikat secara undang-undang kerana tidak didaftarkan.
TETAPI Selepas 9 Bulan Berkahwin, Sanele dan Helen tidak tinggal bersama lagi, seperti hubungan mereka sebelum berkahwin. Senele juga menyatakan keinginannya bila jadi dewasa kelak ingin mengahwini perempuan yang seusia dengan dia. Macam tu pulak. huhu…