4 SEBAB SEBENAR MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN

4 SEBAB SEBENAR MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN

wanita%2Bberkahwin%2Btudung.jpg
4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN….
Sesetengah para suami ada yang bercadang untuk mencari perempuan (isteri) lain kerana menganggap isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan GEMUK.
Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.
Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.
Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anak menangis…jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak.
Sayang katanya… takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan.
Si suami pulak dengan selamba mengatakan “kau ni kuat betul makan!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati.
Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya.
Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.
Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.
Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.
Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..
Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Tapi kalau sang suami boroi…sebab apa pula??
Sumber: lestaridunia

Related Posts:

0 Response to "4 SEBAB SEBENAR MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN"

Post a Comment