ADIK ZIKRY
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul
#Paka , Terengganu
Adik Muhammad Zikry Ramadhan B Muhammad Zulhilmi berusia 1 tahun sejak dilahirkan disahkan mengalami
*HIE Gred 2,3
*Cerebral Palsy
*Masalah Jantung
Kesan dari serangan 3 penyakit ini , anak pertama pasangan Norma & Zulhilmi masih mempunyai berat seperti bayi baru lahir iaitu hanya 3.2kg selain anggota badan yang telah menjadi lumpuh dan kejang serta penglihatan kedua matanya juga disahkan tidak dapat melihat.
"Saya masih mengharapkan kesembuhan , saya nak lah dia pulih seperti kanak2 lain , boleh minum susu pakai botol, boleh makan makanan yang pejal " kata ibunya ketika dihubungi kami malam tadi.
Puan Norma seorang surirumah terpaksa memberi perhatian penuh kepada anaknya dan hanya mengharapkan pendapatan suaminya yang bekerja sebagai seorang polis bantuan di sebuah lokasi di Paka.
Bagi meringankan kos rawatan dan barang keperluan harian adik Zikry yang mencecah RM1k sebulan , boleh salurkan sumbangan terus ke akaun bapanya seperti digambar.
0 Response to "ADIK ZIKRY-- Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul"
Post a Comment