Lagi Kes Raba Dan Ramas Buah Dada Di Kuala Terengganu



Kegembiraan seorang gadis belasan tahun bermain di tepi pantai bersama beberapa rakannya bertukar kepada tragedi setelah dia dicabul oleh lelaki tidak dikenali di Pantai Gong Balai, Marang beberapa hari yang lepas.


Kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang, mangsa yang sedang asyik bermain di tepi pantai tidak menyedari akan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dari belakang sebelum memegang payudara mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah menyatakan mangsa menjerit minta tolong dengan sekuat hati apabila terkejut dengan perbuatan itu.

“Jeritan mangsa itu telah menyebabkan suspek terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan menunggang motosikal.
“Mangsa yang bengang dengan tindakan tersebut nekad mengejar suspek dengan ditemani rakannya yang ada di situ, namun usaha mereka gagal,”
katanya.

Namun, tidak lama kemudian mangsa yang masih berada di situ ternampak suspek bersama beberapa lelaki lepak di salah sebuah gerai ikan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa masih tidak puas hati beranikan diri menuju ke arah suspek yang ketika itu sedang bersembang tetapi kehadiran mangsa bersama rakannya disedari suspek sebelum dia nekad melarikan diri.
“Identiti suspek berjaya diperoleh hasil maklumat lelaki yang berada di situ sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian,”
tambahnya lagi.
Jelasnya, susulan laporan, suspek berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika disabitkan kesalahan.

Raba Dan Ramas Buah Dada
gambar hiasan

Related Posts:

0 Response to "Lagi Kes Raba Dan Ramas Buah Dada Di Kuala Terengganu"

Post a Comment