waran tangkap terhadap pelakon Zarina Anjoulie
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.
Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.
Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Siti Fatimah berkata pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah.
Mahkamah menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh tersebut.
"Tarikh tersebut merupakan ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret.
Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu kerana dia dan Zarina hanya kawan biasa dan kali terakhir berjumpa beberapa bulan lepas selain sukar menghubungi Zarina kerana sering bertukar nombor
telefon bimbit.
"Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu.
Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah.
Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya.
Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah.
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.

0 Response to "waran tangkap terhadap pelakon Zarina Anjoulie"
Post a Comment