Rupanya Inilah Punca Sebenar Kematian Adik Arianna Di Taskanya. Sakitnya Ya Allah. Bayi sekecil ini terpaksa tanggung DERITA yang sangat BESAR....
Tak pasal-pasal orang lain yang kena tuduh. Menjawablah dekat akhirat nanti. Ibu bapa wajib tengok. Jangan jadi kes macam ni baru nak menyesal.
Bayi empat bulan meninggal dunia di taska Mohammad Shauqi dan Nur Farhana memangku jenazah anak mereka untuk dibawa pulang ke Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah. (Gambar kecil) Nur Ariana
SHAH ALAM – Kematian seorang bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Gelugor, Pulau Pinang tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut hasil bedah siasat, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid, lapor portal berita tempatan.
Nur Arianna Safiyyah meninggal dunia semalam, selepas ditemui lembik dan sesak nafas oleh pengasuhnya. Dia disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke klinik kesihatan.
Bapanya, Mohammad Shauqi Zainondin, membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecilnya.
Jenazah Nur Ariana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah malam tadi.
0 Response to "Rupanya Inilah Punca Sebenar Kematian Adik Arianna Di Taskanya. Sakitnya Ya Allah..."
Post a Comment