MONEY IS KING 'MARUAH PENGUATKUASA MBPP HANYA RM200 SELEPAS DIPUJUK OLEH LIM GUAN ENG?' - NETIZEN
PULAU PINANG - Susulan kes dua orang lelaki memaki hamun 3 anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memberikan saguhati bernilai RM200 mereka, lapor laman Penang Kini.
Difahamkan, pada hari insiden itu berlaku, salah seorang anggota terbabit telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, laporan polis itu telah ditarik balik, lapor Harian Metro.
Ekoran itu, netizen meluahkan rasa berang mereka dan mengkritik tindakan 3 anggota Penguatkuasa MBPP kononnya maruah mereka telah dibeli.
"Money is King. Mereka telah diberi RM200 oleh CM Lim Guan Eng sebagai tanda memujuk insiden kelmarin yang mana mereka telah dihina, dimaki dan dicerca oleh lelaki Cina. Adakah sebegini murahnya maruah orang Melayu?" kata pengendali laman Penang Kini.
"Sepatutnya Lim Guan Eng mengambil tindakan terhadap dua lelaki itu. Jangan kerana mereka sebangsa menyebabkan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri dan tidak berani mengambil tindakan," kata Shahriman.
0 Response to "MONEY IS KING 'MARUAH PENGUATKUASA MBPP HANYA RM200 SELEPAS DIPUJUK OLEH LIM GUAN ENG?' - NETIZEN"
Post a Comment