ATLET NEGARA BEBAS TUDUHAN MEROGOL WALAUPUN MENGAKU MEROGOL GADIS BAWAH UMUR DI HADAPAN HAKIM


PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.

Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.

"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.

Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.~KOSMO
p/s~ kes rogolnya sebelum ini pernah panas kerana dilepaskan hanya dgn bon jaminan berkelakuan baik 

Related Posts:

0 Response to "ATLET NEGARA BEBAS TUDUHAN MEROGOL WALAUPUN MENGAKU MEROGOL GADIS BAWAH UMUR DI HADAPAN HAKIM"

Post a Comment