"Bila nak hamil dan ada anak" Ini jawapan balas Yana Samsudin yang paling pedas




Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin akui beliau kini cukup bahagia bersama suami tercinta, Fadzil Zahari. Walaupun segalanya lancar buat mereka, Yana masih ingin memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.


"Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai.

Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing. Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami."

Sudah menjadi adat kalau sesiapa sahaja yang baru kahwin persoalan tentang bila hendak mendapatkan anak tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi jika terserempak dengan saudara mara bukan? Pasangan mana yang kahwin tidak mahukan cahaya mata?





Buat Yana, beliau serahkan soal ini kepada rezeki dan tidak mahu menjadikan ia satu tekanan dalam hidupnya. Tambahan pula, usia perkahwinan mereka masih lagi baru tidak sampai setahun lagi.


"Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu. Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa.

Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja. Kami tidak pernah merancang dalam soal itu. Bagi saya, hidup sudah sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata."


Semua orang mengimpikan cahaya mata mereka sendiri tetapi tidak perlu lah tergesa-gesa dan serahkan soal itu kepada Allah SWT, pasti perancanganNya adalah yang terbaik.

Related Posts:

0 Response to ""Bila nak hamil dan ada anak" Ini jawapan balas Yana Samsudin yang paling pedas"

Post a Comment