Malaysia Akan Menerima 3,000 Pelarian Syria - Najib
NEW YORK: Malaysia akan menerima seramai 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata negara-negara Islam sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan orang Syria yang melarikan diri sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.
"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Agugn Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis.
Pengumuman dari Najib itu menerima tepukan gemuruh dari audien.
Tambah Najib lagi, penyelesaikan antarabangsa yang baru diperlukan bagi menanangi masalah krisis migrasi.
"Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita.
"Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia tiga tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.
"Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh - tidak akan membiarkannya sahaja," kata Najib
0 Response to "Malaysia Akan Menerima 3,000 Pelarian Syria - Najib"
Post a Comment