Norieen, Mirsudiar semakin pulih
Kota Bharu: Dua kanak-kanak Orang Asli yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak kelmarin, menunjukkan perubahan yang baik apabila mereka sudah boleh menulis, melukis dan makan dengan berselera.
Midah Angah, 40, ibu kepada Norieen Yaakob, 10, berkata, anak keenamnya daripada tujuh beradik itu semakin ceria dan makan bubur nasi yang disediakan hospital.
Katanya, walaupun anaknya itu tidak banyak bercakap, namun wajahnya semakin ceria.
"Dia sudah makan dengan banyak dan minta untuk makan macam-macam, namun saya hanya bagi dia makan bubur nasi saja.
"Norieen juga minta makan ayam tetapi setakat ini dia hanya dibenarkan menikmati makanan dikisar," katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, hari ini.
Mirsudiar Aluj, 11, yang turut dirawat di HRPZ II juga menunjukkan perubahan positif - Hmetro
0 Response to "Norieen, Mirsudiar semakin pulih"
Post a Comment