Kami memang gelak sakan bila baca pengalaman Normahaliza Mahadi yang mengendalikan kes kaunseling remaja yang sakan nak bercinta semasa sekolah.
Ha.. adik-adik semua, dunia ni taklah seindah yang disangka ya! Mungkin angan-angan nak hidup happily ever after dengan boyfriend tu patut letak tepi dulu, fokus belajar, bahagiakan mak ayah lagi bagus. Ada faham?
Kisah pedoman buat adik-adik semua..
(gambar hiasan)
Girl. 16 tahun. Tingkatan 4. Sekolah lagi.
Boy. 19 tahun. Bekerja. Pendidikan sehingga Tingkatan 5. Tak ada SPM sebab kena buang sekolah.
Percintaan mereka ala-ala Rindu Awak 200%.
Berkenalan masa girl balik sekolah.
Setelah 3 hari kenal, men’declare’kan perhubungan sebagai serius dan akan berkahwin.
Pening kepala mak ngan ayah sebab buat perangai.
(gambar hiasan)
Girl melawan. Asyik nak keluar. Minta duit banyak. Tengah malam baru balik. Kalau ditegah, akan melawan dan biadab dengan mak. Katanya mak dia kuno dan tak faham perasaan orang bercinta. Boy ni baik katanya. Bertanggungjawab, dah kerja, ada wawasan dan tak macam orang lain yang dia pernah jumpa. Kalau mak tak bagi kahwin dengan boy ni, dia akan membujang sampai tua. Boy sebaik dia ni tak akan jumpa lagi dah.Mak bapak boy tak tahu kat mana. Mak girl bawak dua-dua jumpa kaunselor. Tapi sebenarnya kaunselor tak boleh tolong pun. Hanya boleh bantu mak untuk faham anaknya lebih lanjut aje.
Bawak jumpa saya, girl ni tengok muka aje dah menyakitkan hati. Muka boy pulak macam nak kena penampar ala-ala Bruce Lee.Saya hanya tanya 3 soalan ini pada mereka secara berasingan.
1. Bila nak kahwin?
2. Dah kahwin nak tinggal mana?
3. Nak anak berapa orang?Girl
1. Secepat mungkin. Lepas kahwin ada ketenangan hati nak belajar. Nak dpd result SPM yang baik dan mohon masuk universiti. Nanti kerja dan dapat gaji yang banyak. Hidup akan bahagia sebab sama-sama belajar bila nak amik SPM tahun depan.
2. Tinggal rumah ‘abang’. Sebab abang ada bilik sewa.
*Ada lak yang kena lempang ni kang. Abang konon. Sepender pun mak bapak pilih color. Abang!
3. Kalau boleh nak 3. Siap ada nama beb! Senyum2 lagi. Nampak dah masa depan yang gemilang dengan ‘Abang’.Boy
1, 2 dan 3.
Jawapannya, saya main-main aje dulu. Kahwin? Lama lagilah. Mana nak cari duit? Sendiri pun tak lepas lagi.
Bila reveal jawapan masing-masing. Girl macam nak bunuh diri. Boy ketawa besar. 3 anak? Wow! Katanya.
Perasan girl. Padan muka. Derhaka dengan mak lagi.
0 Response to "Percintaan Remaja Hingusan Ala Drama ‘Rindu Awak 200%’ Berakhir Tragis Bila…"
Post a Comment