RUPANYA PEMILIK RANGE ROVER TIDAK BERSALAH !!. BUKTI CCTV MENUNJUKKAN BANGLA TU MEMANG KURANG AJAR. !!

PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan.

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook bernama Eira Irya Annuar mendakwa mengenali lelaki tersebut dan memberitahu bahawa dia memang seorang yang panas baran.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahka perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," 



Lelaki tampar pekerja warga asing dikecam media sosial

KUALA LUMPUR: Rakaman video seorang lelaki menampar muka seorang pekerja warga asing di sebuah kedai mencuci kereta tersebar di media sosial hari ini.

Video berdurasi 2.30 minit itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di kedai tersebut yang kemudiannya disebarkan oleh pekerja di kedai tersebut.

Dalam rakaman CCTV itu, lelaki tersebut dilihat menampar muka pekerja kerana didapati telah mengotorkan kereta yang dicucinya sewaktu mahu mencuci cermin dalam kereta tersebut.

Menurut seorang pengguna Facebook, Atie Abdul Hamid, yang memuat naik video tersebut di laman sosial, pekerja tersebut dipercayai telah memasuki kenderaan pemilik itu untuk mencuci cermin dalam kenderaan itu.

Lelaki itu berkemungkinan memukul pekerja warga asing berkenaan kerana pakaiannya yang lusuh dan kotor.

Malah,pemilik kereta tersebut turut dipercayai enggan membayar upah mencuci keretanya sebaliknya meminta RM1000 sebagai ganti rugi.

Pekerja warga asing itu yang mengalami pendarahan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Hasil x-ray kemudian mengesahkan bahawa pekerja warga asing itu mengalami patah tulang hidung.

Video itu setakat ini menerima lebih 20 ribu likes dan telah dikongsikan lebih 40 ribu perkongsian.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan lelaki tersebut dengan mempersoal sikap perikemanusiaannya.


Seorang pengguna Facebook, Azahar Harfa berkata, "Harta dunia..sekelip mata Allah boleh tarik nikmat dunia dan mohon pekerja terbabit tampil membuat laporan polis. Manusia macam ini layaknya undang-undang menghukum."


Abdullah Pengiran Matusin pula berkata, "beginilah manusia yang terpaksa menjaga hartanya sampai mati, jika dia berilmu maka sampai mati ilmu yang menjaga dia...sehingga angkuh dengan apa yang dia miliki."

Related Posts:

0 Response to "RUPANYA PEMILIK RANGE ROVER TIDAK BERSALAH !!. BUKTI CCTV MENUNJUKKAN BANGLA TU MEMANG KURANG AJAR. !!"

Post a Comment