ARTIS DAN SELEBRITI TEMPATAN YANG MENINGGAL DI USIA MUDA

08072013_atilia-sehati-berdansa-a.jpg


Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka…
Yanie Mentor
yanie%2Bmentor.jpg
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my


Acik Spin
Acik%2BSpin.jpg
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

Din Beramboi
Din%2BBeramboi.jpg
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
12282010_meninggal2010%28a%29.jpg
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Faizal Yusof
faizalyusofmeninggaldunia.jpg?w=584
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Foto_profil_Valia_Rahma_3.jpg
Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir

Al Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.

08072013_atilia-sehati-berdansa-a.jpg


ARIFF JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER HATI

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.

Kata Salamiah Hassan kepada kami, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

“Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu,” katanya.

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.

“Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.

“Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi,” katanya lagi.

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.

Kami mengucapkan takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..


*************************

BIODATA ARTIS MALAYSIA


BIODATA LISA SURIHANI

BIODATA WAWA ZAINAL

BIODATA YANA SAMSUDIN

BIODATA SARA ALI

BIODATA SITI NURHALIZA

BIODATA HELIZA HELMI

BIODATA DIANA AMIR
Sumber: pennbiru

Related Posts:

Peringatan untuk orang lain sama. Sapa2 yang nak beli air kotak x kira la milo ka apa ka baik x yah beli dah kot.


Kejadian tadi. Peringatan untuk orang lain sama. Sapa2 yang nak beli air kotak x kira la milo ka apa ka baik x yah beli dah kot.

 Kat kotak tarikh luput julai 2016. Tak lintas la nak goncang dulu sbb tarikh tu lambat lagi. Anak dah minum sikit. Dia kata sedap. Bila aku rasa, aik lain macam ja. Tengok2 dalam..masyaAllah. 


Pihak mana harus bertanggungjawab??? Tarikh lain dalam lain.

Related Posts:

10 ARTIS PALING KACAK DI MALAYSIA NO3 PALING KACAK DAN KAYA PULAK TU

Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada ketampanan mereka. Kepada artis dan selebriti lelaki kekacakan mereka diukur melalui gaya dan penampilan.
Maka, tidak hairanlah apabila ada segelintir golongan Adam sanggup berbelanja besar bagi memastikan mereka sentiasa tampil kacak dan bergaya.
Pun begitu, istilah kacak pada kebanyakan lelaki cukup subjektif. Ia bukan saja menjurus pada rupa paras dan penampilan semata-mata tetapi paling utama merujuk ke arah karakter diri mereka sendiri.
Dalam soal ini, antara elemen penting yang menyokong kekacakan peribadi seorang lelaki adalah kematangannya berbicara, tenang dan pemikiran positif.
Ikuti 10 selebriti lelaki pilihan RAP yang dianggap paling kacak dalam industri hiburan tempatan ketika ini.
Nik Michael Imran, 24, Chef Selebriti
Walaupun persaingannya dalam MasterChef Malaysia musim pertama terkandas di tengah jalan, ia nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik Ezar.
Semakin dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan dikendalikannya, tukang masak kacak seperti Nik Michael menyifatkan ketampanan lebih merujuk penampilan diri seseorang yang sentiasa bersih dan kemas.
Tidak menganggap dirinya kini sudah berada pada tahap popular kerana mengendalikan program Tea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC), Nik Micheal berkata, apa yang diperoleh kini adalah berkat kesabaran dan tak pernah kenal erti putus asa.
Kini mengusahakan restoran sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur sejak setahun lalu, Nik Michael berkata lelaki boleh kelihatan seksi apabila di dapur!
Soalan: Selebriti Hollywood yang ingin anda masak bersama?
Jawapan: Jessica Bell
Anuar Zain, 44, Penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih segak dan kacak dengan populariti yang bertahan lama.
Istilah kacak daripada kaca mata Anuar adalah subjektif dan ia tertumpu pada pandangan mata seseorang. Apapun, kekacakan itu sebenarnya datang daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif.
Kacak juga menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tata tertib.
Soalan: Apa akaun Instagram anda?
Jawapan: Saya tiada sebarang akaun di laman sosial.
Josiah Hogan, 28, Pelakon
Darah Amerika Latin yang dimiliki pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuatkan dia kini tersenarai dalam kelompok artis lelaki kacak Malaysia.
Josiah bagaimanapun tidak melihat kekacakan dimiliki seseorang lelaki hanya terletak pada rupa paras yang tampan, sebaliknya bagi bapa kepada seorang anak itu istilah kacak lebih menjurus pada penampilan dan gaya.
Mengulas mengenai penilaiannya terhadap kacak atau cantiknya seseorang, Josiah berkata, dia lebih suka melihat pada cara komunikasi.
Ujarnya, komunikasi sangat penting kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu menggambarkan sejauh mana tahap kematangannya.
Soalan: Pandangan anda mengenai Angelina Jolie.
Jawapan: Bijak, seksi & intelektual
Shah Iskandar, 32, Pelakon
Berkelana dari tanah kelahiran, Singapura ke Malaysia tidak sia-sia bagi pelakon popular, Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat dalam industri lakonan di Malaysia.
Bahkan, Shah juga dikategori sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya.
Shah berkata, dia melihat kekacakan dimiliki seorang lelaki bukan sekadar pada penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlulah bijak serta intelektual.
Katanya, dia tidak begitu memandang pada penampilan dan gaya sebagai keutamaan tetapi cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai.
Soalan: Filem Melayu kegemaran anda?
Jawapan: Tanda Putera
Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron, melakonkan watak lelaki romantik. Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu mencairkan hati jutaan wanita.
Bukan itu saja, kepekaan Aaron pada tatarias gaya dan penampilan juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
Soalan: Fear Factor anda?
Jawapan: Ketinggian (gayat).
Aiman Hakim Ridza, 24, Pelakon
Biar pun kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan penyanyi rock terkenal, Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih berbakat dalam lakonan.
Mula melonjak naik dan dikenali peminat menerusi drama Vanila Coklat, Aiman yang merangkul Anugerah Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012) lalu juga memiliki wajah kacak dan tubuh yang tinggi.
Soalan: Kota paling romantik?
Jawapan: Pastinya Paris
Awal Ashaari, 33, Pengacara/ Pelakon
Sebut saja nama Awal Ashaari, ia bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.
Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti kacak tanah air.
Pengacara program Melodi ini juga dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan Awal tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt.
Soalan: Cita-cita asal sebelum menjadi pengacara?
Jawapan: Penyanyi.
Remy Ishak, 32, Pelakon
Sekalipun pernah dilabel sebagai panas baran namun pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Berkulit sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintang filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga makin bijak bergaya.
Remy kelihatan cukup macho apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
Soalan: Lagu dangdut yang paling anda minati?
Jawapan: Memori Daun Pisang
Aeril Zafrel, 26, Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu.
Berstatus suami orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang bermula menerusi filem Aku Tak Bodoh pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat.
Aeril yang juga katanya kini berada di luar negara kerana terbabit dengan penggambaran, pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu kerana menyembunyikan perkahwinannya bersama Wawa.
Soalan: Watak lakonan paling mencabar?
Jawapan: Attar dalam filem 99 kali rindu.
Izzue Islam, 24, Penyanyi/ Pelakon
Anggota Fourteen walaupun sudah berkahwin tetap popular barangkali kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan.
Namun, kacak pada sut pandangan anak jati Kelantan ini sendiri adalah kacak adalah tampan dan segak. Apatah lagi, apabila seseorang lelaki itu sentiasa tampil bergaya.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, kacak pada pandangan setiap orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Menyentuh dirinya yang dilabel kacak, Izzue
Sumber: ohhinformasi

Related Posts:

Maria Farida Tampil Beri Penjelasan Yang Menyakitkan Hati Selepas Rampas Suami Orang! Wow Dia Ni?




Kisah mengenai perkahwinan Maria Farida bersama ahli perniagaan 26 November lalu merupakan sesuatu yang baik buat pelakon yang sudah menjanda lebih 10 tahun ini, bagaimanapun perkara tersebut mendapat cercaan dan hinaan kerana Maria berkahwin dengan bekas suami kepada kawan baiknya sendiri.
“Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana”
“Kenapa mahu pertikaikan lagi. Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat (ketika majlis pernikahan). Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,” jelas Maria kepada Kosmo! Online.

Related Posts:

MASIH INGAT WAJAH AYU NOR EDURA BAKAL ISTERI ZIZAN RAZAK CUBA LIHAT 6 FOTO TERBARUNYA SUNGGUH MEMERANJATKAN

bakal%2Bisteri%2Bzizan.jpg

Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.
Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.
Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.
Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.
Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus –Rotikaya.
Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-
Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan)
Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan
bakal%2Bisteri%2Bzizan4.jpg
bakal%2Bisteri%2Bzizan5.jpg
bakal%2Bisteri%2Bzizan3.jpg
bakal%2Bisteri%2Bzizan2.jpg
bakal%2Bisteri%2Bzizan1.jpg

Sumber: kakiberitatv3

Related Posts:

Melampau ! Eina Azman Dikecam ORang Ramai Kerana Berpakaian MElampau KEtika Sarat MEngandung! Masha Allah



Melampau ! Eina Azman Dikecam ORang Ramai Kerana Berpakaian MElampau KEtika Sarat MEngandung!
Masha Allah! beraninya dia pakai macam ni masa mengandung



BAJU menjolok mata datin paduka yg sarat mengandung EINA AZMAN KENA KUTUK DENGAN NETIZEN,jgn klik kang terjolok mata tgk mak buyung ni (refer pic petama)..




Pelakon Eina Azman memang tak pernah memberi sebarang kenyataan pada media bahawa dirinya telah pun hamil anak pertama..

Walaupun sering diasak dengan pertanyaan isu itu di laman Instagramnya oleh peminat.. Eina lebih selesa untuk terus berdiam diri, mungkin baginya tak perlu nak menjawab setiap soalan yang diberikan.. Biar gambar yang berbicara..

Semenjak dua menjak ini, Eina sering memuatnaik gambar dirinya yang sudah kelihatan baby bumbnya itu.. Dah semakin terserlah apabila kandunganya sudah memasuki bulan yang keenam..



Walaupun, sedang sarat mengandung.. Eina dan suami sempat lagi meluangkan masa bersama-sama keluarga pergi bercuti ke London dan Paris.. Biasalah bila bercuti, pasti kongsikan gambar buat tatapan pengikut di laman Instagramnya.

Nampaknya gambar ‘baby bumb’ yang dikongsikan Eina telah mendapat kecaman dari netizen.. Iyerlah, ketat kot baju yang dipakai oleh Eina tu.. Memang terserlah ‘baby bumb’ Eina, ada yang rasa kesian pada baby dalam kandungannya kerana ibunya memakai baju ketat seperti itu.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Tapi, bukan artis-artis bila mengandung suka pakai baju ketat-ketat ke? Nak tunjuk kat satu dunia ‘baby bumb’ tu dan maklumkan kat orang ramai dia tengah mengandung..

Alolo comel giteww.. Apapun, Miss A memang tak sabar sangat menantikan bayi ini.. Nak tengok juga ikut wajah siapa anak sulung mereka ini..Semoga proses kelahiran Eina akan berjalan dengan lancar.










Sumber : ohbulan

Related Posts:

Akhirnya TERBONGKAR Punca Sebenar Pengantin Wanita Ini Meninggal Ketika Bersanding. Kesiannya..




Akhirnya TERBONGKAR Punca Sebenar Pengantin Wanita Ini Meninggal Ketika Bersanding. Kesiannya.....
"Pengantin yang duduk bersandar awalnya di sangka tidur dan mengantuk karena keletihan,namun setelah cuba..."



Pengantin Wanita Meninggal Ketika Bersanding|Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia kepada pasangan pengantin yang baru saja di nikahkan menjadi sebuah hari paling sedih apabila pengantin wanita tiba tiba meninggal ketika bersanding.

Kejadian yang berlaku pada 23 disember 2015.pada awalnya pengantin wanita puteri yang nampak sehat dan bahagia selepas di hias untuk resepsi pernikahannya .

Puteri yang duduk di pelamin dengan suaminya nampak cantik serasi di majlis bersanding tersebut yang di lakukan dengan adat jawa.


Pengantin yang duduk bersandar awalnya di sangka tidur dan mengantuk karena keletihan,namun setelah cuba di tegur dan di bangunkan ternyata pengantin wanita sudah meninggal.

Suasana Kecoh dan riuh dengan tangisan setelah pengantin wanita disahkan meninggal , terutama ahli keluarga pihak pengantin wanita,acara yang awalnya penuh dengan gelak tawa menjadi acara duka yang mengaharu biru.

Pihak keluarga mahukan kematian putri kesayangan mereka yang secara tiba tiba, mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan melakukan bedah siasat untuk mencari punca kematian puteri.

Related Posts: