TERIMA KENAIKAN HARGA BARANG ATAU KAMI AKAN KURANGKAN BR1M - NAJIB RAZAK

Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.

Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui  BR1M.

"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.

"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.

"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya.

Related Posts:

0 Response to "TERIMA KENAIKAN HARGA BARANG ATAU KAMI AKAN KURANGKAN BR1M - NAJIB RAZAK"

Post a Comment