Ya Allah! Ramai TERKEJUT Dengan Tindakan Adik Hasif Ini Ketika Kebumikan 5 Saudaranya



Ya Allah! Ramai TERKEJUT Dengan Tindakan Adik Hasif Ini Ketika Kebumikan 5 Ahli Keluarganya
Ya Allah. Tak Sanggup Nak Tengok.
 


Mohd Hasif, satu-satunya anak pasangan Mohd Halim Saiman dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, yang terselamat daripada tragedi mengorbankan lima ahli keluarganya, kelihatan tenang ketika ditemui di rumah neneknya, Teh Jarah Mahmud, siang tadi. 

Namun, pada saat akhir menatap wajah ibu bapa dan tiga kakak kandungnya, Nurul Arifah, 16; Nurul Hidayah Aina, 11 dan Nurul Izzah, 10, sebelum upacara pengkebumian malam tadi, Mohd Hasif, 8, longlai hingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya. 


Jenazah lima beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di sini, jam 1.20 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Pengkalan Arang jam 9.35 malam tadi. 

Terdahulu jenazah tiba di masjid berkenaan dengan van jenazah dari Hospital Hulu Terengganu jam 9.20 malam. Teh Jarah, 72, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, di sini, yang menghidap darah tinggi pengsan ketika menatap kali terakhir jenazah lima beranak itu di masjid berkenaan. 

Keluarga Allahyarham Mohd Halim, 44, dari Kampung Parit Enam, Muar, Johor iaitu bapanya, Samian Somo, 84 dan ibu, Siti Edah Ali, 75, bersama 13 adik-beradik arwah tiba di masjid berkenaan jam 10 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang upacara pengkebumian yang dipenuhi lebih 100 ahli keluarga dan rakan Allahyarham.

Mohd Hasif kelihatan sugul dan lesu dalam pelukan ahli keluarganya yang cuba menenangkan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira', Klang, Selangor itu. 

Malah, anak bongsu daripada empat beradik itu dilihat beberapa kali menunjuk ke arah keranda ibu bapa dan tiga kakaknya sambil bertanya kepada ahli keluarganya menyebabkan orang ramai yang berada di situ turut sebak dan menitiskan air mata. 

Sementara itu, adik Allahyarham Mohd Halim, Dr Siti Sabariah Damian, 38, berkata, beliau berhasrat memelihara anak saudaranya itu dan meneruskan cita-cita Allahyarham yang mahu melihat anak lelakinya itu menjadi tahfiz.

"Mohd Hasif ketika ini bersekolah di SRI Hira' dan saya berhasrat menukarkannya ke Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Khaldun, Shah Alam, Selangor, bersama-sama dua anak lelaki saya, Abdullah Azam Annur Azalan, 11, dan Abdullah Altaf Addris Azalan, 12, yang turut bersekolah di sana. 

"Arwah mahu anaknya belajar tahfiz dan saya mahu tunaikan hasratnya itu. Sekarang Mohd Hasif sudah boleh membaca al-Quran dan kenal tajwid. Menjadi amalan arwah setiap pagi akan mengaji al-Quran dengan keluarganya," katanya sebak.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, pemilik syarikat kejuruteraan, Mohd Halim, 44 dan isteri, Nurul Adilah, 39, bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu. 

Bagaimanapun, Mohd Hasif yang berada di daratan terselamat daripada tragedi itu. Keluarga berkenaan yang tinggal di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, pulang bercuti ke kampung Nurul Adilah di Kampung Serdang Baru, di sini, sejak tiga hari lalu, sebelum ke kawasan air terjun berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam, untuk berkelah.

Related Posts:

0 Response to "Ya Allah! Ramai TERKEJUT Dengan Tindakan Adik Hasif Ini Ketika Kebumikan 5 Saudaranya"

Post a Comment