#Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini.
#Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.
#”Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini,” kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.
#”Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.
#”Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini.
#”Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja.
#Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.
Sumber: blogsangatserius
0 Response to "LUAHAN KAKITANGAN AWAM SEDIH GAJI TINGGAL RM19 SELEPAS DIPOTONG PTPTN"
Post a Comment