8 Gambar Robot Paling Jelita Di Dunia

1

8 Gambar Robot Paling Jelita Di Dunia | Geminoid F merupakan sebuah robot paling jelita di dunia pada masakini kini menjadi tarikan utama pengunjung ke Pameran Robot Dunia minggu ini.
Geminoid F memiliki ratusan peminat yang memberi gelaran kepada robot yang nampak tak ubah seperti manusia, malah pernah berlakon dalam filem Jepun berjudul Sayonara.
Robot berkenaan berketinggian 1.7 meter itu boleh menggerakkan matanya seterusnya bertindak balas terhadap pandangan mata dan memahami pergerakan bahasa badan.
Aksinya tidak ubah seakan-akan manusia manusia dengan kulit diperbuat daripada getah dengan wajah seorang gadis. Akan tetapi, robot itu tidak boleh berjalan sebaliknya terpaksa disorong menggunakan kerusi roda.
Robot itu dicipta Makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka yang merancang membina model lebih baik pada masa depan.
“Matlamat kami adalah untuk mencipta kecerdasan buatan (AI) menggunakan robot ini. Buat masa ini sistem pengenalan suara tidak berkesan terutama dalam keadaan bingit. Pada masa depan, kami mahu mewujudkan sistem AI sempurna menggunakan robot ini,” kata pembantu profesor iaitu Kohei Ogawa.

8 Gambar Robot Paling Jelita Di Dunia

Related Posts:

0 Response to "8 Gambar Robot Paling Jelita Di Dunia"

Post a Comment