SUAMI ISTERI MESTI BACA HUKUM SUAMI MENJILAT KEMALUAN ISTERI

Screen%2BShot%2B2015-06-25%2Bat%2B5.18.3
Islam adalah agama yang syumul dan menitik berat segala aspek kehidupan manusia. Hubungan seksual sememangnya tidak terkecuali dititikberatkan oleh Islam, dari yang asas sehingga perkara yang lebih khusus. Dalam membincangkan isu hukum suami menjilat kemaluan isteri, terdapat beberapa khilaf yang timbul di kalangan para ulama terhadap perkara ini.
Ulama terbahagi kepada dua kumpulan dalam membincangkan perkara ini, satu kumpulan yang mengharuskan dan satu kumpulan lagi yang mengharamkan. Mari kita lihat satu persatu perbincangan yang membawa kepada pengharusan dan pengharaman tersebut oleh para ulama supaya kita lebih jelas kenapa mereka mengeluarkan hukum begitu.


Pertama sekali kita lihat dahulu kumpulan ulama yang Mengharuskan :

Antara ulama yang mengatakan harus adalah Dr Syeikh Yusof al-Qadrawi. Fatwa harus yang dikeluarkan beliau adalah untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menelan atau menhisap sebarang cecair yang keluar darinya. Menelan dan menghisap sebegitu adalah makhruh kerana ia salah satu bentuk perkara zalim dan melampaui batas dalam hubungan suami isteri.
Syeikh Yusof al-Qadrawi dengan jelas menyatakan hukum mendatangi isteri dari belakang adalah haram kerana terdapat nas yang jelas, namun bagi isu ‘oral s3ks’ perkara ini tiada sebarang nas yang jelas dari al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Ulama lain yang turut mengeluarkan pandanagan harus adalah Mufti Mesir, Dr Syeikh Ali al-Jumaah dan Dr. Sabri Abdul Raouf yang merupakan professor dan bidang Fiqh di Universiti al-Azhar. Mereka mengatakan perkara ini harus bagi mendatangkan kepuasan kepada pasangan suami isteri, terutamanya jika ia dihindari pasangan tersebut tidak merasakan kepuasan yang boleh membawa kepada lembah zina kelak.
Kita lihat pula kumpulan ulama yang Mengharamkan
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi mengatakan yang bermaksud, “Isteri menjilat kemaluan suami adalah haram, tidak dibolehkan. Perkara ini demikian kerana kemaluan suami yang akan mengeluarkan mazi yang merupakan najis menurut jumhur ulama. Jika air mazi tersebut memasuki mulutnya dan ke perutnya maka ia boleh mendatangkan penyakit kepadanya.”
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.


Seterunya, ulama yang turut mengharamkan adalah ilmuan Islam yang cukup terkenal, Syeikh Nasiruddin Albani. Antara padangan yang dilontarkannya adalah bermaksud, “Perkara ini merupakan amalan bintang, seperti anjing. Kita telah ketahui secara jelas bahawa di dalam hadis, ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) binatang-binatang seperti larangan beliau turun sujud seperti turunnya unta, menoleh seperti serigala dan mematuk seperti patukan burang gagak. Juga Nabi Muhammad memaklumkan untuk tasyabbuh iaitu menyerupai dengan orang kafir.”

Namun, pendapat peribadi penulis mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan mengeneralize semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan oral seks?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan:

Dari perbincangan di atas, jelas dua kumpualan ulama mempunyai pandangan masing-masing dalam meletakkan hukum menjilat kemaluan bagi pasangan suami isteri. Jadi berikuta adalah kesimpulan dari penulis mengenai perbincangan di atas,
1. Harus bagi suami mencium kemaluan isteri dengan syarat tidak menghisap dan menelan sebarang cecair yang keluar darinya. Disarankan agar membersihkan mulut terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko kuman yang membawa penyakit. Seterusnya, melakukan perkara ini tidak kerana ingin meniru cara golongan bukan Islam atau binatang sebaliknya hanya untuk mendatangkan kepuasan dalam hubungan suami isteri.
2. Elok dijauhi akan perkara ini kerana ia merupakan perkara yang khilaf dan hanya mengamalkan budaya seksual yang sihat bersama isteri.
3. Haram bagi suami isteri menalan air mazi kerana sepakat ulama mengatakan air mazi adalah najis. Oleh itu ia sama seperti haram memakan tahi dan meminum air kencing.

Related Posts:

0 Response to "SUAMI ISTERI MESTI BACA HUKUM SUAMI MENJILAT KEMALUAN ISTERI"

Post a Comment